Sunday, May 15, 2016




KUIH SIPUT

Bahan-bahan:
1kg tepung gandum
1 cawan marjerin - dicairkan
10 tangkai cili kering
2 pelepah daun kari - dimayang halus
daun sup dan bawang - dimayang halus
2 sudu besar jintan manis - dikisar bersama cili - pada sy lagi byk lagi sedap
1 biji telur ayam
1 cawan air
2 sudu kecil garam - dilarut dalam air
minyak untuk menggoreng

Cara:
1. Tepung gandum dan marjerin cair digaul rata dengan menggunakan tangan hingga menjadi serbuk dan diketepikan.
2. Cili kering dikisar bersama jintan manis,
3. Cili kering yang telah dikisar dan daun sup dan bawang yang telah mayang halus dibancuh bersama air, garam dan telur kemudiannya dituang ke dalam adunan tepung tadi, diuli sehingga rata.
4. Jika adunan agak keras, tambah air sedikit-sedikit, jika agak lembik tambah gandum sedikit sedikit, terus menguli hingga adunan menjadi lembut dan sekata. Ikut masin sendiri ye.
5. Doh digentel bulat-bulat berdiameter lebih kurang 1 cm, kemudian digelek di atas acuan kuih siput, selepas siap ia digoreng dengan minyak yang banyak dibalik-balik agar masak sekata. Kuih siput sudah masak apabila kelihatan keperang-perangan, diangkat dan ditoskan.

Saturday, May 14, 2016







Tart Nenas Tradisional


Bahan-Bahan

500 gm tepung gandum
400 gm mentega
120 gm gula aising
100 gm tepung jagung
75 gm susu tepung
1 sudu teh garam
1 sudu teh vanilla
Kuning telur untuk d sapu pada biskut

Cara²
1. Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan susu tepung... Ketepikan.
2. Putar gula aising, mentega, garam serta vanilla kira² 10 - 14 minit.. Diana putar pada kelajuan kuat selama 10 minit.
3. Masukkan campuran tepung dan susu tepung tadi ( no.1 ) dan putar sebati.
4. Picit adunan menggunakan acuan nastar.
5. Isikan dengan jem nenas dan gulung dengan kemas.. ( Diana tak gulung )
6. Sapu adunan dengan kuning telur.
7. Bakar pada suhu sederhana sehingga biskut masak.. ( Diana bakar pada suhu 150°C selama 15 - 18 minit bergantung pada oven masing² yer ).
8. Sejukkan sebelum d masukkan ke dalam balang.

Selamat Mencuba !!



Source: Resepi Sedap