Sunday, May 15, 2016




KUIH SIPUT

Bahan-bahan:
1kg tepung gandum
1 cawan marjerin - dicairkan
10 tangkai cili kering
2 pelepah daun kari - dimayang halus
daun sup dan bawang - dimayang halus
2 sudu besar jintan manis - dikisar bersama cili - pada sy lagi byk lagi sedap
1 biji telur ayam
1 cawan air
2 sudu kecil garam - dilarut dalam air
minyak untuk menggoreng

Cara:
1. Tepung gandum dan marjerin cair digaul rata dengan menggunakan tangan hingga menjadi serbuk dan diketepikan.
2. Cili kering dikisar bersama jintan manis,
3. Cili kering yang telah dikisar dan daun sup dan bawang yang telah mayang halus dibancuh bersama air, garam dan telur kemudiannya dituang ke dalam adunan tepung tadi, diuli sehingga rata.
4. Jika adunan agak keras, tambah air sedikit-sedikit, jika agak lembik tambah gandum sedikit sedikit, terus menguli hingga adunan menjadi lembut dan sekata. Ikut masin sendiri ye.
5. Doh digentel bulat-bulat berdiameter lebih kurang 1 cm, kemudian digelek di atas acuan kuih siput, selepas siap ia digoreng dengan minyak yang banyak dibalik-balik agar masak sekata. Kuih siput sudah masak apabila kelihatan keperang-perangan, diangkat dan ditoskan.